Gambar Pilihan Hari Ini
Tampak manja beruang koala dalam Gambar Pilihan Hari Ini bersama manusia yang tidak dikenali.
BERITAmediacorp: Tampak manja beruang koala dalam Gambar Pilihan Hari Ini bersama manusia yang tidak dikenali.
Bahkan, beruang koala itu yang menghentikan Anna Heusler bersama sekumpulan penunggang basikal sejurus melihat kelibat mereka ketika ia sedang duduk di tengah-tengah jalan raya.
Rupa-rupanya ia sudah terdesak kerana dalam kehausan setelah berjemur di bawah terik matahari dengan suhu mencecah 40 darjah Celsius. Ini menyusuli kebakaran belukar di Adelaide Hills, Selatan Australia, yang memusnahkan tanah seluas 25,000 hektar, lantas meninggalkan haiwan itu kehilangan tempat tinggal dan hidup dahaga serta kelaparan.
Akibat kebakaran hutan yang melanda Australia, banyak beruang koala terpaksa dimatikan ekoran mengalami kelecuran teruk. Sementara itu, para anggota bomba merata negara juga berusaha untuk memberi penjagaan kepada kehidupan liar yang dijumpai dalam hutan sebelum menyerahkannya kepada pihak berkuasa tertentu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.