Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Ada apa pada nama? Sejauh mana nama mempengaruhi kita dalam membuat pilihan, tidak kira dari segi apa sekali pun?

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: House of Briyani/Facebook)

Diterbitkan : 28 Dec 2019 11:36AM Dikemas Kini : 28 Dec 2019 11:42AM

BERITAmediacorp: Ada apa pada nama? Sejauh mana nama mempengaruhi kita dalam membuat pilihan, tidak kira dari segi apa sekali pun?

Bagi nama yang dibubuhkan kepada sesuatu hidangan, andai tersasar daripada 'identiti' sebenar, tentu objektifnya adalah untuk membangkitkan selera si pemakan. Kadangkala pula, ia memberi bayangan tentang rasa, bahan atau pengalaman yang dapat dijangkakan ketika menyantap juadah tersebut.

Lihat saja dalam Gambar Pilihan Hari Ini, nama yang dipadankan kepada makanannya pada dasarnya tampak seperti tiada sebarang kaitan tetapi ia mungkin menjentik rasa ingin cuba dalam diri pelanggan di restoran House of Briyani.

Selain Nasi Bini Muda, restoran itu juga menyediakan Nasi Bini Sexy iaitu sepinggan nasi putih yang digandingkan dengan lauk kari ayam 'buttermilk'.

Mungkinkah tukang masak restoran berkenaan terdiri daripada bini-bini para pemiliknya?

Atau kaedah pemasaran itu sekadar bahan seloroh untuk merujuk kepada jenis masakan tertentu yang lazim disediakan oleh golongan isteri berbeza peringkat usia? 

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan