Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Bertuah sungguh siapa yang menjadi 'pemilik' teks khutbah Mufti Negara, Dr Fatris Bakaram, yang dipaparkan dalam Gambar Pilihan Hari Ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Fatris Bakaram/Facebook)

Diterbitkan : 19 Dec 2019 12:07PM Dikemas Kini : 19 Dec 2019 12:16PM

BERITAmediacorp: Bertuah sungguh siapa yang menjadi 'pemilik' teks khutbah Mufti Negara, Dr Fatris Bakaram, yang dipaparkan dalam Gambar Pilihan Hari Ini.

Teks khutbah tersebut - yang disampaikan oleh Dr Fatris semasa solat Jumaat lalu (13 Dis) di Masjid Ahmad, South Buona Vista Road - sengaja ditinggalkan Mufti sebagai "hadiah Jumaat" kepada sesiapa yang menjumpainya.

Istimewanya teks tersebut, ia adalah olahan daripada khutbah asal Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS). Dalam erti kata lain, ia mengandungi bait-bait emas yang disulami sendiri oleh Dr Fatris untuk menjadi ummah dengan "Sikap Terbuka: Kunci Muhasabah Diri".

Ini mentelah lagi dengan tulisan nota yang ditinggalkan oleh Mufti kepada penerimanya.

Seorang pengguna Facebook, Said Peenang, bahkan sempat berseloroh di ruang komen akaun Mufti dengan mengatakan: "Kalau dapat terus 'frame' ni".

Adakah mungkin Mufti akan membuat kejutan manis sebegini lagi esok? Kita nantikan.  

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan