Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Tentu anda pernah terdengar orang mahu menggigit-gigit bayi kerana kecomelannya.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Qixuan Lim/Instagram)

Diterbitkan : 18 Dec 2019 12:25PM Dikemas Kini : 18 Dec 2019 12:26PM

BERITAmediacorp: Tentu anda pernah terdengar orang mahu menggigit-gigit bayi kerana kecomelannya.

Maka, kami sajikan hidangan sushi dalam Gambar Pilihan Hari Ini yang membolehkan perbuatan itu dilakukan secara harfiah atau literal.

Sebenarnya, sushi ini bukanlah untuk disantap tetapi sekadar buat tatapan halwa mata kerana ia hanyalah seni arca kecil yang menyerupai makanan itu.

Karya hasil sentuhan artis warga Singapura, Qixuan Lim, ini ditampilkan dalam satu pameran bernama "Modern Panic" di Tokyo.

Seni yang dihasilkan Cik Lim, lazimnya makanan, melibatkan gabungan benda-benda yang dianggap comel oleh orang ramai namun disuntik dengan unsur-unsur suram.  

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan