Gambar Pilihan Hari Ini
Bunga-bunga dan hiasan berkilau seringkali melambangkan kecantikan dan perkara-perkara yang indah belaka. Namun, jangan terperdaya dengan bunga dan kilauan pada topeng dalam Gambar Pilihan Hari Ini.
BERITAmediacorp: Bunga-bunga dan hiasan berkilau seringkali melambangkan kecantikan dan perkara-perkara yang indah belaka. Namun, jangan terperdaya dengan bunga dan kilauan pada topeng dalam Gambar Pilihan Hari Ini.
Meskipun menarik dipandang mata, ia sebenarnya topeng yang dipakai oleh seorang aktivis yang mengambil bahagian dalam bantahan di Santiago. Sejak pertengahan Oktober, warga Chile mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran sebagai tanda tidak puas hati terhadap golongan elitas politik serta membantah isu-isu seperti keganasan jantina dan ketidakadilan ekonomi.
Malangnya, ratusan orang dilaporkan cedera dan puluhan maut setakat ini dalam bantahan yang masih berlangsung sehingga ke hari ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.