Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Caroll Spinney, yang 'menghidupkan' watak Big Bird dan Oscar the Grouch dalam rancangan televisyen Sesame Street selama 50 tahun, meninggal dunia (8 Dis) pada usia 85 tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 09 Dec 2019 01:24PM Dikemas Kini : 09 Dec 2019 02:02PM

BERITAmediacorp: Caroll Spinney, yang 'menghidupkan' watak Big Bird dan Oscar the Grouch dalam rancangan televisyen Sesame Street selama 50 tahun, meninggal dunia (8 Dis) pada usia 85 tahun.

Spinney meninggal dunia di rumahnya di Connecticut setelah sekian lama mengalami gangguan distonia, yang mengakibatkannya tidak dapat mengawal pergerakan otot-ototnya. Ini menurut satu kenyataan dari Sesame Workshop, sebuah pertubuhan bukan mencari keuntungan yang menerbitkan rancangan tersebut.

Pelakon itu bersara daripada rancangan tersebut tahun lalu, setelah memilih sendiri beberapa individu untuk memainkan kedua-dua watak Big Bird dan Oscar - dua watak berbeza yang direkanya, yang menghiburkan jutaan kanak-kanak di merata dunia. 

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan