Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Bukan adegan buli atau bersifat sengaja memalukan di tempat awam dan di depan khalayak ramai tetapi Gambar Pilihan Hari Ini memaparkan satu perbuatan yang cukup menyejukkan hati.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: AsiaWire menerusi DailyMail/Instagram)

Diterbitkan : 07 Dec 2019 12:05PM Dikemas Kini : 07 Dec 2019 12:07PM

BERITAmediacorp: Bukan adegan buli atau bersifat sengaja memalukan di tempat awam dan di depan khalayak ramai tetapi Gambar Pilihan Hari Ini memaparkan satu perbuatan yang cukup menyejukkan hati.

Seorang lelaki duduk bersila di lantai untuk menjadi 'kerusi' buat isteri tercinta yang sedang sarat mengandung dan tidak larat lagi berdiri setelah kakinya kebas dek lama menunggu giliran.

Sang suami itu melakukan sedemikian setelah memperhatikan bahawa tiada seorang pun yang bangun untuk menawarkan tempat duduk mereka kepada isterinya di sebuah hospital dekat China.

Video yang merakamkan momen tersebut dikeluarkan oleh polis dan tular online dengan menerima tujuh juta tanda suka oleh penonton yang tersentuh melihatnya.

Persoalannya, jika masyarakat siber tidak segan silu beri reaksi, di mana perginya nilai bertimbang rasa yang sewajarnya dizahirkan dalam kehidupan sebenar? 

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan