Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Namun bayangkan, bagaimana agaknya jika para atlit tempatan dikenakan tindakan disiplin yang sangat berat - sehingga beribu-ribu dolar bagi setiap kesalahan.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Twitter/@90min_soccer)

Diterbitkan : 06 Dec 2019 01:01PM Dikemas Kini : 06 Dec 2019 01:04PM

BERITAmediacorp: Baru-baru ini timbul isu disiplin dalam kalangan pemain bola sepak yang mewakili Singapura di Sukan SEA ke-30 di Filipina.

Memandangkan disiplin adalah satu ciri yang penting bagi seseorang atlit, maka itu tidak hairanlah jika begitu ramai yang lantang menyuarakan pandangan berhubung isu tersebut.

Namun bayangkan, bagaimana agaknya jika para atlit tempatan dikenakan tindakan disiplin yang sangat berat - sehingga beribu-ribu dolar bagi setiap kesalahan.

Gambar Pilihan Hari Ini memetik satu dokumen disiplin pasukan bola sepak Chelsea yang 'dibocorkan' laman 90 Min Football. Ditandatangani oleh pengurus pasukan Frank Lampard, ia menyenaraikan denda bagi pelbagai kesalahan disiplin. Bayangkan, £20,000 jika lewat sesi latihan, dan £500 seminit jika lewat mesyuarat pasukan.

Jika pemain bola sepak tempatan dikenakan denda begitu berat, bagaimana agaknya reaksi mereka?

LAPORAN BERKAITAN: 

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan