Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Ambil kerusi, bongkokkan badan dan angkatnya sambil cuba berdiri. Dengar dan nampak mudah tetapi belum tentu anda berjaya.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: eluniversocom/Twitter)

Diterbitkan : 01 Dec 2019 03:59PM Dikemas Kini : 06 Dec 2019 03:21PM

BERITAmediacorp: Ambil kerusi, bongkokkan badan dan angkatnya sambil cuba berdiri. Dengar dan nampak mudah tetapi belum tentu anda berjaya.

Yang dimaksudkan adalah cabaran kerusi, seperti dipaparkan dalam Gambar Pilihan Hari Ini, atau lebih dikenali sebagai #chairchallenge di media sosial - satu trend popular di aplikasi TikTok sekarang.

Untuk melakukan cabaran itu, pertama sekali, anda harus berdiri tegak menghadap tembok. Ambil tiga langkah ke belakang dari tembok, angkat sebuah kerusi dan pastikan ia berada betul-betul depan anda. Bongkokkan badan anda 90 darjah. Kemudian, letakkan kepala ke tembok dan angkat kerusi ke bahagian dada tanpa mengangkat kepala. Selesaikan cabaran itu dengan cuba untuk berdiri tegak kembali sambil mengangkat kerusi tersebut.

Berdasarkan perkongsian di media sosial, kaum Hawa nampaknya tiada masalah melakukan cabaran itu namun kaum Adam pula seringkali dilihat tersekat-sekat untuk menjayakannya.

Betul atau tidak, mungkin anda sendiri boleh cuba tetapi berhati-hati! 

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan