Gambar Pilihan Hari Ini
Wanita-wanita dalam Gambar Pilihan Hari Ini bukannya berkelahi kerana kehadiran orang ketiga dalam rumahtangga.
BERITAmediacorp: Wanita-wanita dalam Gambar Pilihan Hari Ini bukannya berkelahi kerana kehadiran orang ketiga dalam rumahtangga.
Mereka berdua sememangnya ahli gusti warga Bolivia yang benar-benar sedang bertarung dalam pusingan gusti di El Alto, Bolivia.
Setelah terhenti selama dua minggu angkara bantahan antipemerintah dan sekatan, jaguh-jaguh gusti kembali ke gelanggang untuk berentap dengan pesaing mereka.
Pergolakan di negara itu tercetus oleh pilihan raya yang dipertikaikan pada tanggal 20 Oktober lalu di mana Evo Morales menuntut kemenangan manakala kumpulan pembangkang pula menyatakan ia adalah kemenangan yang dirampas.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.