Gambar Pilihan Hari Ini
Individu-individu ini bekerja siang dan malam setiap hari demi memastikan kebersihan di estet-estet perumahan kita. Namun, berapa kerapkah kita menunjukkan penghargaan kepada para pekerja pembersihan di sekeliling kita?
BERITAmediacorp: Individu-individu ini bekerja siang dan malam setiap hari demi memastikan kebersihan di estet-estet perumahan kita.
Namun, berapa kerapkah kita menunjukkan penghargaan kepada para pekerja pembersihan di sekeliling kita?
Gambar Pilihan Hari Ini menampilkan aksi murni seorang wanita yang mendukung anak kecilnya sambil menghulurkan coklat kepada seorang pemandu lori sampah sebagai tanda penghargaan atas sumbangannya.
Gambar yang dimuat naik di Facebook itu dikongsi secara meluas dengan sebilangan pengguna Facebook memuji tindakan wanita itu menunjukkan contoh baik kepada anaknya.
Sememangnya, amalan yang baik ini harus disemai dan dididik oleh ibu bapa sejak kecil lagi.
Ibarat kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.