Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Nampaknya, ratu cantik Malaysia bukan saja akan memperagakan persalinan yang melambangkan negaranya semasa pertandingan Miss Universe nanti. Shweta Sekhon bahkan juga mungkin 'menghidangkan' aneka jenis pencuci mulut Nyonya ketika membuat 'catwalk' di pentas peragaan antarabangsa itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar; Shweta Sekhon/Instagram)

Diterbitkan : 18 Nov 2019 02:18PM Dikemas Kini : 06 Dec 2019 03:35PM

BERITAmediacorp: Nampaknya, ratu cantik Malaysia bukan saja akan memperagakan persalinan yang melambangkan negaranya semasa pertandingan Miss Universe nanti. Shweta Sekhon bahkan juga mungkin 'menghidangkan' aneka jenis pencuci mulut Nyonya ketika membuat 'catwalk' di pentas peragaan antarabangsa itu.

Seperti dilihat dalam Gambar Pilihan Hari ini, Shweta menggayakan kostum negara berwarni-warni diperbuat daripada kain broked songket Melayu yang ditenun dengan bersayapkan kain batik Nyonya. Di sampingnya pula, dua meja penuh dengan jamuan tengah hari kegemaran Peranakan seperti kuih koci, kuih lapis, kuih sago dan telur merah yang tersusun rapi dalam bakul tradisional dikenali sebagai bakul sia.

Makanan sekali lagi menjadi sumber inspirasi untuk menonjolkan kebudayaan dan kepelbagaian di Malaysia dalam pembikinan kostum negara Miss Universe. Ini sekalipun setelah para pereka yang lalu mendapat cemuhan bagi rekaan busana tersebut, diilhamkan oleh Menara Kembar Petronas, sampan tradisional dan juga nasi lemak.

Pertandingan Miss Universe ke-68 akan berlangsung pada 8 Disember ini di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat.

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan