Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Ada perumpamaan jangan gali kubur sendiri tetapi di sini, mereka yang tempah liang lahad adalah atas kehendak masing-masing.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Universiti Radboud/Facebook)

Diterbitkan : 14 Nov 2019 12:12PM Dikemas Kini : 06 Dec 2019 03:34PM

BERITAmediacorp: Ada perumpamaan jangan gali kubur sendiri tetapi di sini, mereka yang tempah liang lahad adalah atas kehendak masing-masing.

Bukan kerana sudah tidak sanggup mengharungi pancaroba kehidupan, sebenarnya, para mahasiswa di sebuah universiti Belanda berbuat sedemikian untuk bermuhasabah diri dan memikirkan semula tentang kehidupan serta apa yang penting.

Universiti Radboud menyediakan kubur seperti dilihat dalam Gambar Pilihan Hari Ini di belakang gereja kecil kampus berkenaan. Para pelajar boleh menempah sesi untuk berbaring di dalam kubur dan bertafakur - satu projek khas oleh universiti tersebut bagi menggalak mahasiswanya merenung tentang hidup dan mati.

Telefon bimbit dan buku dilarang dibawa ke dalam kubur, yang disediakan dengan bantal serta tikar. Para mahasiswa yang menempah kubur itu dilaporkan menggunakannya antara 30 minit hingga 3 jam. 

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan