Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Meskipun sudah pupus dipercayai berjuta-juta tahun yang lalu, dinosaur sehingga ke hari ini mempunyai daya tarikannya yang tersendiri ke atas daya imaginasi - tidak kira kanak-kanak mahupun orang dewasa.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Vijay Mathur/AFP)

Diterbitkan : 12 Nov 2019 03:39PM Dikemas Kini : 12 Nov 2019 03:42PM

BERITAmediacorp: Meskipun sudah pupus dipercayai berjuta-juta tahun yang lalu, dinosaur sehingga ke hari ini mempunyai daya tarikannya yang tersendiri ke atas daya imaginasi - tidak kira kanak-kanak mahupun orang dewasa.

Pelbagai filem, cereka dan daya tarikan bertemakan reptilia gergasi itu dihasilkan atau dibangunkan di merata dunia. Misalnya, gambar sepasang patung dinosaur dalam Gambar Pilihan Hari Ini, yang dipetik seolah-olah akan membaham pesawat di antara kedua-dua mulut haiwan raksasa itu.

Kedua-dua patung ini ditempatkan di Valley of Animals atau Lembah Haiwan, iaitu sebuah taman tema di Chandigarh, sebuah bandar di utara India. Menurut laporan Times of India, taman tersebut dibuka secara rasmi pada 2012.

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan