Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Sekali pandang, ia kelihatan seperti pakaian khas untuk kegiatan menyelam. Dilihat dari sudut yang berbeza pula, sesetengah orang mungkin menganggapnya sebagai seragam adiwira rancangan kanak-kanak.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Instagram/Under Armour)

Diterbitkan : 11 Nov 2019 03:15PM Dikemas Kini : 11 Nov 2019 03:24PM

BERITAmediacorp: Sekali pandang, ia kelihatan seperti pakaian khas untuk kegiatan menyelam. Dilihat dari sudut yang berbeza pula, sesetengah orang mungkin menganggapnya sebagai seragam adiwira rancangan kanak-kanak.

Namun hakikatnya, pakaian yang dipetik Gambar Pilihan Hari Ini adalah keluaran syarikat Under Armour sebagai sebahagian daripada siri produk Future Astronauts, atau Angkasawan Masa Hadapan.

Dengan kerjasama Virgin Galactic, Under Armour menghasilkan pakaian khas ini bagi pelancong yang ingin meneroka angkasa lepas.

Setiap satu pakaian ini - yang dilengkapi dengan ciri-ciri teknologi yang sesuai untuk penerbangan ke angkasa lepas - akan diukur dan dijahit khas bagi setiap peserta program penerbangan komersil ke angkasa lepas kendalian Virgin bermula tahun depan.

Pasti ada yang tertanya-tanya berapa agaknya harga pakaian canggih ini. Maklumat itu tidak didedahkan, namun cukup untuk pengetahuan umum bahawa setiap penerbangan Virgin Galactic itu berharga AS$250,000 (S$339,700).

Sumber : BERITA Mediacorp/Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan