Gambar Pilihan Hari Ini

Images
  • gphi 1011
    (Gambar: Grandpa Amu/YouTube)

Gambar Pilihan Hari Ini

BERITAmediacorp: Untung betul si cilik ini, 'mainannya' cukup istimewa dan bukan calang-calang kerana diperbuat sendiri oleh datuk kesayangan mengikut cara tradisional.

Bangku boleh dilipat yang digunakan kanak-kanak warga China dalam Gambar Pilihan Hari ini adalah 100 peratus hasil titik peluh datuknya, Encik Wang Dewen, yang berusia 62 tahun. Lebih menakjubkan lagi, ia dicipta menggunakan sekeping kayu dan dipasang tanpa menggunakan skru mahupun paku!

Kemahiran kerja kayu itu ditimba Encik Wang sedari usia sembilan tahun sebagai salah satu cara untuk menyara keluarga setelah kematian ayahnya.

Video Encik Wang bertukang untuk menghasilkan mainan yang rumit membuat ramai penonton YouTube terkesima dengan kemahirannya, sehingga ada menggelarnya sebagai Lu Ban - seorang tukang kayu legenda di China. 

- BERITAmediacorp/FZ/fz

Top