Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Pelangi adalah satu fenomena alam yang tidak asing lagi, lazimnya berlaku ketika atau menyusuli cuaca hujan. Namun berapa kalikah pernah anda melihat bukan satu atau dua, malah empat pelangi sekaligus di hadapan mata anda?

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Martin Gray/BBC)

Diterbitkan : 03 Nov 2019 07:24PM Dikemas Kini : 03 Nov 2019 07:27PM

BERITAmediacorp: Pelangi adalah satu fenomena alam yang tidak asing lagi, lazimnya berlaku ketika atau menyusuli cuaca hujan. Namun berapa kalikah pernah anda melihat bukan satu atau dua, malah empat pelangi sekaligus di hadapan mata anda?

Gambar Pilihan Hari Ini menggambarkan fenomena yang boleh dikatakan jarang berlaku itu. Dipetik oleh Martin Gray di Orkney, Scotland, minggu ini, laman berita BBC melaporkan beliau menyifatkan pemandangan itu sebagai "menakjubkan" namun "aneh".

Seorang pengamat cuaca dari saluran berita itu menerangkan fenomena tersebut berlaku kerana Encik Gray berada berdekatan dengan tasik semasa memetik gambar itu, yang bertindak seperti cermin yang melantunkan cahaya yang dilengkungkan titisan hujan, menghasilkan gambar yang "mengagumkan" itu.

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan