Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

epun mengalami satu fenomena yang jarang-jarang berlaku apabila langitnya bertukar menjadi ungu gelap sedang Taufan Hagibis, dijangka melanda bahagian tengah dan timur negara itu hari ini (12 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Twitter)

Diterbitkan : 12 Oct 2019 02:51PM Dikemas Kini : 12 Oct 2019 02:54PM

BERITAmediacorp: Jepun mengalami satu fenomena yang jarang-jarang berlaku apabila langitnya bertukar menjadi ungu gelap sedang Taufan Hagibis, dijangka melanda bahagian tengah dan timur negara itu hari ini (12 Okt).

Para penduduk, khususnya mereka di kawasan sekitar pulau utama Honshu, bersiap siaga dibadai apa yang disifatkan sebagai taufan paling dahsyat dan ganas dalam tempoh 60 tahun.

Di media sosial pula, ramai penduduk memuat naik gambar untuk berkongsi keadaan langit yang berubah kepada warna ungu.

Fenomena dipanggil 'scattering' atau penyebaran cahaya itu berlaku apabila molekul dan zarah kecil di atmosfera mempengaruhi arah cahaya yang menyebabkan ia berserakkan.

Kini tanda pagar #PrayForJapan menjadi trend nombor satu bahan perbualan di Twitter. 

LAPORAN BERKAITAN: Gambar Pilihan Hari Ini

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan