Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Sekali pandang, Gambar Pilihan Hari Ini kelihatan seperti sebuah parit kosong yang ditaburi batu-bata di balik sebuah pohon. Namun jika anda mengamatinya dengan lebih teliti, sebenarnya terdapat seekor haiwan yang sedang bersembunyi di celah-celah batu.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Twitter/@BellaLack)

Diterbitkan : 30 Sep 2019 02:34PM Dikemas Kini : 30 Sep 2019 02:41PM

BERITAmediacorp: Sekali pandang, Gambar Pilihan Hari Ini kelihatan seperti sebuah parit kosong yang ditaburi batu-bata di balik sebuah pohon. Namun jika anda mengamatinya dengan lebih teliti, sebenarnya terdapat seekor haiwan yang sedang bersembunyi di celah-celah batu.

Gambar ini dimuat naik ke laman Twitter oleh @BellaLack dan dikongsi lebih 2,000 kali oleh para pengikutnya - masing-masing ibarat menggaru kepala mencari apakah haiwan atau makhluk misteri itu dan di mana ia sedang bersembunyi.

Sudahkah anda dapat mengesannya?

(Gambar: Twitter/@BellaLack)

Jika anda melihat dengan lebih dekat, anda mungkin akan terkejut melihat susuk seekor harimau bintang. Disebabkan tompok-tompok di badannya, ia sukar dikesan meskipun ia terbaring betul-betul di hadapan mata anda.

(Gambar: Twitter/Momo)

(Gambar: Twitter/Momo)

Dengan keupayaan menyamar yang begitu hebat, tidak hairanlah haiwan pemangsa ini dapat memburu mangsanya dengan begitu berkesan.

Sumber : BERITA Mediacorp/Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan