Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Sejak diciptakan oleh Bob Kane dan Bill Finger pada 1939, pengaruh Batman sehingga hari ini berjaya merentasi pelbagai wadah berbeza untuk memukau segenap peminat. Namun, jangan mencarinya bila berlakunya kecemasan!

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

Isyarat 'Batsignal' dipancarkan pada bangunan di Mexico City sempena sambutan ulang tahun ke-80 watak Batman (Gambar: AFP/Alfredo Astrella)

Diterbitkan : 25 Sep 2019 03:12PM Dikemas Kini : 25 Sep 2019 03:23PM

BERITAmediacorp: Sejak diciptakan oleh Bob Kane dan Bill Finger pada 1939, watak penyiasat hebat dan adiwira Batman berjaya mengekalkan daya tarikannya sehingga hari ini. Sama ada peminat tegar siri DC Comics, kanak-kanak yang menggemari animasi, mahupun penonton biasa filem-filem aksi, pengaruh Batman merentasi pelbagai wadah berbeza untuk memukau segenap peminat.

Tahun ini juga tahun lebih istimewa bagi watak tersebut kerana sudah genap 80 tahun sejak Batman membuat penampilan pertamanya dalam Detective Comics #27. Tentunya pelbagai cara para peminat sedunia meraikan peristiwa istimewa ini.

Seperti dipetik dalam Gambar Pilihan Hari Ini, Bandar Mexico malah memancarkan isyarat Batman di sebuah bangunan tinggi untuk memperingati ulang tahun ini. Namun awas, jangan cuba pancarkannya apabila berlaku kecemasan, nanti tiada sesiapa yang akan datang membantu!

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan