Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Di tengah-tengah semua liputan meluas berhubung jerebu serantau, timbul satu fenomena di Jambi yang tular di media sosial.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

Langit merah di Jambi, Indonesia (Gambar: ANTARA/Syarif Abdullah)

Diterbitkan : 23 Sep 2019 01:47PM Dikemas Kini : 23 Sep 2019 01:50PM

BERITAmediacorp: Kesan jerebu di rantau ini akibat kebakaran hutan sudah mendapat liputan media tempatan dan antarabangsa secara meluas. Namun di tengah-tengah semua laporan ini, timbul satu fenomena di Jambi yang tular di media sosial.

Gambar Pilihan Hari Ini merakam fenomena di wilayah Indonesia itu yang kelihatan merah menyala pada Ahad pagi. Sekali pandang, keadaan langit dan sekeliling yang berwarna merah amat ganjil, malah menimbulkan rasa ngeri.

Menurut agensi berita ANTARA, Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) Indonesia fenomena ini dipanggil penyebaran Mie atau "Mie scattering".

Fenomena itu disebabkan penyebaran cahaya oleh
zarah mikro dengan garis pusat 0.7 mikrometer dipanggil aerosol, kira-kira sepanjang gelombang cahaya yang kelihatan.

Satu laporan Sinar Harian pula menyebut bahawa kejadian serupa pernah berlaku di Indonesia menyusuli ledakan gunung berapi Krakatau pada 1883 dan Pinatubo pada 1991. 

Sumber : BERITA Mediacorp/Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan