Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Gambar Zebra (kuda belang) yang baru dilahirkan di Hutan Simpanan Maasai Mara di Kenya ini menggemparkan orang ramai dengan wajahnya yang ganjil.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Facebook/Maasai Mara Wildlife Conservancies Association)

Diterbitkan : 22 Sep 2019 01:32PM Dikemas Kini : 22 Sep 2019 01:40PM

NAROK: Gambar Zebra (kuda belang) yang baru dilahirkan di Hutan Simpanan Maasai Mara di Kenya ini menggemparkan orang ramai dengan wajahnya yang ganjil. Lazimnya perkataan zebra mencetuskan imej haiwan berbelang hitam-putih di benak fikiran. Namun, haiwan dalam gambar pilihan hari ini tidak mirip sama sekali dengan zebra yang lain.

Sebaliknya zebra ini mempunyai kulit corak 'polka dot'. Ia dilihat buat julung-julung kalinya di Hutan Simpanan Maasai Mara di Kenya, lapor akhbar Daily Mail.

Antony Tira, seorang pemandu pelancong dan jurugambar di Kem Hutan Belantara Matira, mengesan haiwan itu ketika meninjau-ninjau hutan tersebut, dekat Sungai Mara.

"Pada mulanya saya sangka ia seekor zebra yang ditangkap dan dicat atau ditanda bagi tujuan migrasi. Saya keliru apabila melihatnya buat pertama kali," katanya.

Sebenarnya, corak belang yang ganjil ini disebabkan oleh sejenis penyakit yang diberi nama 'Melanism', di mana terdapat lebihan pigmen melanin berwarna gelap pada kulit, lapor Daily Mail.

Sumber : Agensi berita/ZM/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan