Gambar Pilihan Hari Ini

Images
  • gphi 12 sep
    (Gambar: Amir Zulfadhli Zulkifly/@saysdotcom/Instagram)

Gambar Pilihan Hari Ini

BERITAmediacorp: Bagaimana agaknya reaksi anda sekiranya anda bertemu dengan seseorang yang wajah dan susuk tubuhnya sama seperti anda?

Inilah reaksi Azly Yusof apabila berjumpa dengan 'kembarnya' semasa majlis perkahwinan rakannya. Pengalaman luar biasa itu menyebabkan Azly ketawa terbahak-bahak seperti dalam Gambar Pilihan Hari Ini.

Bukan setakat memiliki wajah seiras dengannya, termasuk berkepala botak, malah 'kembarnya' turut berpakaian kemeja-T berwarna merah, seluar jeans dan berkaca mata seperti Azly.

"Mereka kelihatan seperti kembar tetapi tidak mempunyai sebarang pertalian saudara. Kami merancang agar mereka berdua dapat bertemu sekali lagi dan kali ini, kami akan mengambil gambar mereka secara bersama," kata salah seorang rakannya. 

- BERITAmediacorp/AI/ai

Top