Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Wajah dan telatah si haiwan comel ini menjadikannya antara haiwan peliharaan yang digemari ramai. Namun, pernahkah anda terfikir bagaimana pula nasib haiwan ini jika ia mengalami sebarang kecacatan atau kekurangan?

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Instagram/@willowthebeautifulcat)

Diterbitkan : 09 Sep 2019 04:09PM Dikemas Kini : 09 Sep 2019 04:17PM

BERITAmediacorp: Wajah dan telatah si haiwan comel ini menjadikannya antara haiwan peliharaan yang digemari ramai. Namun, pernahkah anda terfikir bagaimana pula nasib haiwan ini jika ia mengalami sebarang kecacatan atau kekurangan?

Gambar Pilihan Hari Ini memaparkan Willow, seekor anak kucing yang mengalami kondisi kesihatan ibarat Sindrom Down. Gara-gara keadaan kesihatannya, seorang doktor haiwan memberitahu wanita yang menemuinya bahawa Willow mungkin dimatikan kerana kecacatan pada wajahnya akan menyebabkannya kurang berpeluang diambil menjadi haiwan peliharaan.

Namun Willow jelas ‘panjang umur’ kerana wanita yang menemuinya itu memutuskan untuk memeliharanya sendiri. Kini Willow bukan sahaja hidup bahagia dengan seorang pemilik yang penyayang, malah menjadi bintang media sosial kerana ciri-ciri wajahnya yang unik.

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan