Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Bukan selalu dapat pegang harimau beramai-ramai, sambil mulut haiwan itu ternganga dengan taringnya ketara kelihatan. Namun itulah yang dapat dilakukan sekumpulan pelajar Indonesia ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: AFP/Chaideer Mahyuddin)

Diterbitkan : 08 Sep 2019 05:12PM Dikemas Kini : 08 Sep 2019 05:14PM

BERITAmediacorp: Bukan selalu dapat pegang harimau beramai-ramai, sambil mulut haiwan itu ternganga dengan taringnya ketara kelihatan. Namun itulah yang dapat dilakukan sekumpulan pelajar Indonesia ini.

Gambar Pilihan Hari Ini dipetik pada Jumaat (7 Sep) semasa satu kelas untuk mendidik para pelajar sekolah tinggi di Lhoknga, wilayah Aceh, tentang kehidupan liar dan isu-isu pemeliharaan alam sekitar. Harimau jenis Sumatera yang dibelai para pelajar dengan begitu berani itu sebetulnya seekor harimau sebenar yang sudah diawetkan.

Menurut laman pertubuhan bukan pemerintah bagi pemeliharaan kehidupan liar, WWF, harimau Sumatera merupakan spesies yang amat terancam, dengan kurang daripada 400 harimau itu yang masih hidup di pulau Sumatera. Ia berada di ambang kepupusan dek pembasmian hutan dan pemburuan.

Sumber : AFP/ZM/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan