Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Jenama makanan segera McDonald's memang tidak asing di kebanyakan negara. Tidak kira bahagian mana di dunia anda berada, huruf M besar (bukan huruf M yang didakwa Pak Mat dalam filem Pendekar Bujang Lapok, ya) memberi isyarat adanya kentang goreng enak sedia untuk disajikan.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

Papan tanda di restoran McDonald's Bukit Bintang, Kuala Lumpur ditukar sempena Hari Kemerdekaan yang menjelang (Gambar: Facebook/@Malaysialanggg)

Diterbitkan : 21 Aug 2019 11:33AM Dikemas Kini : 21 Aug 2019 12:10PM

BERITAmediacorp: Jenama makanan segera McDonald's memang tidak asing di kebanyakan negara. Tidak kira bahagian mana di dunia anda berada, huruf M besar (bukan huruf M yang didakwa Pak Mat dalam filem Pendekar Bujang Lapok, ya) memberi isyarat adanya kentang goreng enak sedia untuk disajikan.

Namun huruf M dalam Gambar Pilihan Hari Ini berbeza sedikit. Menurut beberapa laporan media Malaysia, restoran McDonald's di Bukit Bintang, Kuala Lumpur baru-baru ini menukar papan tanda daripada 'McDonald's' menjadi 'Mekdi', merujuk kepada nama singkatan restoran itu yang lebih dikenali dalam kalangan penduduk tempatan. Menurut New Straits Times, langkah itu diambil untuk menonjolkan sifat 'ke-Malaysia-an' restoran itu sempena hari kemerdekaan negara itu pada hujung bulan ini.

Setelah McDonald's bertukar nama, adakah restoran-restoran lain pula akan turut serta?

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan