Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Sebut sahaja tentang sate, pasti ramai yang boleh menyarankan nama-nama gerai dari timur hingga barat Singapura - masing-masing mendakwa menjual sate paling enak atau laris di negara ini. Namun, pernahkah anda merasakan sate yang dijual oleh Mickey Mouse?

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Petikan video: Saluran Disney Asia Tenggara)

Diterbitkan : 07 Aug 2019 03:10PM Dikemas Kini : 07 Aug 2019 03:17PM

BERITAmediacorp: Sebut sahaja tentang sate, pasti ramai yang boleh menyarankan nama-nama gerai dari timur hingga barat Singapura - masing-masing mendakwa menjual sate paling enak atau laris di negara ini. Namun, pernahkah anda merasakan sate yang dijual oleh Mickey Mouse?

Bunyinya memang pelik dan hakikatnya memang mustahil. Namun, anda sekurang-kurangnya dapat menonton adegan di paparan skrin. Gambar Pilihan Hari Ini memetik satu adegan daripada siri animasi diberi judul Mickey Go Local. Terbahagi kepada enam episod pendek, ia merupakan satu kempen oleh Saluran Disney Asia Tenggara (Disney Channel Southeast Asia) untuk dekatkan watak-watak ikoniknya dengan penonton tempatan.

Dalam episod bejudul Master Hawker, penonton boleh tergelak dengan gelagat Mickey Mouse menjaja sate dan Donald Duck pula mencanai roti sambil berebut Goofy untuk melanggani gerai mereka.

Penonton boleh mengikuti pengembaraan watak-watak Disney ini meneroka makanan, busana tradisional dan seni bina Singapura dan Malaysia di saluran Disney dan YouTube.

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan