Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Menaiki bas untuk ke East Coast atau kolam renang kejiranan untuk berenang adalah satu perkara biasa. Namun untuk berenang di dalam bas itu sendiri - pasti suatu yang jarang sekali didengari.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

Artis Benedetto Bufalino membuat arca seni berbentuk kolam renang dalam sebuah bas lama. (Gambar: Denis Charlet/AFP)

Diterbitkan : 24 Jul 2019 04:32PM Dikemas Kini : 24 Jul 2019 04:34PM

BERITAmediacorp: Menaiki bas untuk ke East Coast atau kolam renang kejiranan untuk berenang adalah satu perkara biasa. Namun untuk berenang di dalam bas itu sendiri - pasti suatu yang jarang sekali didengari.

Bagi mereka yang impikan untuk melakukan perkara ganjil sebegini, mungkin boleh mendapat ilham daripada Gambar Pilihan Hari Ini. Kolam renang istimewa di utara Perancis ini sebenarnya arca seni hasil karya artis Benedetto Bufalino, menggunakan sebuah bas sekolah lama yang diterbalikkan dan diisi air. Walaupun kelihatan agak pelik, 'kolam' sepanjang 10 meter ini dilaporkan cukup untuk memuatkan sehingga 10 orang pada satu-satu masa.

Selain merupakan arca yang menyeronokkan, kolam bas ini jelas menunjukkan terdapat pelbagai cara untuk menggunakan semula barang-barang lama jika seseorang berfikir secara kreatif.

Oh ya, tidak perlu gunakan kad EZ-link untuk masuk bas ini!

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan