Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Sempena ulang tahun ke-50 penerbangan Apollo 11, bayangkan bagaimana angkasawan tidur sambil berpaut pada dinding untuk mengelakkan diri daripada terapung-apung dalam keadaan graviti sifar.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Loren Elliot/AFP)

Diterbitkan : 21 Jul 2019 05:31PM Dikemas Kini : 21 Jul 2019 05:35PM

BERITAmediacorp: Selepas sehari suntuk penat bekerja, keselesaan dapat tidur di atas katil yang empuk amat dinanti-natikan. Namun bayangkan jika seseorang terpaksa tidur sambil berpaut pada dinding untuk mengelakkan diri daripada terapung-apung dalam keadaan graviti sifar.

Begitulah yang cuba dibayangkan kanak-kanak dalam Gambar Pilihan Hari Ini yang menyarung beg tidur yang digunakan para angkasawan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Pameran di Houston, Texas, Amerika Syarikat ini dianjurkan hujung minggu ini sempena memperingati ulang tahun ke-50 misi Apollo 11 - yang menghantar manusia pertama ke bulan.

Meskipun belum menjadi angkasawan atau merasakan suasana graviti sifar, keceriaan yang terpancar di wajah budak ini membayangkan kegembiraannya dapat berangan-angan ke angkasa lepas walaupun buat sejenak.

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan