Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Melalui gandingan simbol-simbol yang dipetik Gambar Pilihan Hari Ini, Majlis Bahasa Melayu Singapura menggambarkan tema Bulan Bahasa 2019 iaitu ‘Cita. Citra. Cinta. Bahasa Kita.’ 

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Majlis Bahasa Melayu Singapura)

Diterbitkan : 20 Jul 2019 02:00PM Dikemas Kini : 20 Jul 2019 02:05PM

BERITAmediacorp: Ilustrasi kreatif sempena Bulan Bahasa bertemakan 'Cita. Citra. Cinta. Bahasa Kita'.

Kapal yang anda lihat sebenarnya adalah kapal pelayaran yang dibina masyarakat Bugis pada abad ke-20. Ia menjadi simbol perdagangan di Nusantara. Sama seperti kapal-kapal seperti ini, Bahasa Melayu menjadi cara orang ramai di rantau ini berkomunikasi, tidak kira budaya atau negara asal mereka.

Kancil pula sering muncul dalam cerita-cerita dongeng sebagai watak protagonis, seperti dalam cerita Sang Kancil dan Buaya. Setiap kali digandingkan dengan haiwan lain, si kancil sering menunjukkan keupayaannya untuk cepat menyesuaikan diri dan berfikir. Inilah yang diharapkan daripada generasi muda kita.

Dalam sejarah Melayu, Singapura dikatakan mendapat namanya oleh Sang Nila Utama yang ternampak seekor Singa. Seperti Singa yang gagah dan kuat, masyarakat Melayu juga diharapkan bangga dengan identiti dan budaya Melayu.

Roket dalam Gambar Pilihan Hari Ini pula menjadi simbol perubahan, inovasi dan sifat dinamik. Ia melambangkan keinginan kita untuk menggalak penggunaan dan kesedaran terhadap Bahasa Melayu, menerusi pelbagai cara menyeronokkan dan inovatif.

Gitar menjadi sesuatu yang tidak boleh dipisahkan dari para ahli muzik di Nusantara ini yang kaya dengan lagu-lagu tradisional dan kontemporari Melayu. Muziklah yang membangkitkan pelbagai emosi, membuat seseorang merenung kembali tentang kehidupan dan mengeratkan lagi silatulrahmi. Maka gitar menjadi simbol hubungan antara para individu.

Melalui gandingan simbol-simbol ini, Majlis Bahasa Melayu Singapura menggambarkan tema Bulan Bahasa 2019 iaitu ‘Cita. Citra. Cinta. Bahasa Kita.’

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : BERITA Mediacorp/AQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan