Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Mungkin ini contoh baik bahawa cerita dongeng pari-pari itu hanya khayalan semata-mata.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Barcroft)

Diterbitkan : 18 Jul 2019 01:09PM Dikemas Kini : 18 Jul 2019 01:11PM

BERITAmediacorp: Mungkin ini contoh baik bahawa cerita dongeng pari-pari itu hanya khayalan semata-mata. Manakan tidak, watak Rapunzel memang dikenali sebagai gadis manis berambut panjang mengurai tetapi yang turut dijumpai - lelaki warga emas berusia 63 tahun.

Gambar Pilihan Hari Ini menampilkan Sakal Dev Tuddu - dari daerah Munger di negeri Bihar, India - menjunjung 'permaidani' rambutnya yang menurut beliau berpintal sendiri untuk menjadi gaya rambut pilinan atau 'dreadlock'.

Berukuran enam kaki (1.82 meter), rambut yang lebih panjang sedikit daripada ukuran ketinggian tuan empunya badan ini sudah 40 tahun tidak dicuci!

Kalaulah terjatuh lipatan rambut ala serban itu, mahunya disapu bersih seluruh kawasan. 

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan