Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Terdapat pelbagai kegunaan yang boleh diperolehi daripada seekor kambing. Dagingnya boleh dimasak dalam lauk, kulitnya pula boleh dibuat beg. Maka itu, tidak hairanlah jika jambulnya juga boleh dijadikan sebagai contoh potongan rambut untuk kaum Adam!

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Facebook/Muhammad Livestock Farm)

Diterbitkan : 15 Jul 2019 11:34AM Dikemas Kini : 15 Jul 2019 11:46AM

BERITAmediacorp: Terdapat pelbagai kegunaan yang boleh diperolehi daripada seekor kambing. Dagingnya boleh dimasak dalam lauk, kulitnya pula boleh dibuat beg. Maka itu, tidak hairanlah jika jambulnya juga boleh dijadikan sebagai contoh potongan rambut untuk kaum Adam!

Gambar Pilihan Hari Ini memaparkan seekor kambing yang tular di media sosial dek wajah 'kacak'nya, sebagaimana disifatkan oleh kebanyakan netizen. Barangkali pujian tinggi melambung itu yang membuatkan haiwan ini tersenyum kambing.

Kambing putih berusia 11 bulan dan diberi nama Remos ini adalah dari sebuah ladang ternakan di Perak.

Menurut pemilik ladang itu, Remos mesra kamera dan suka 'berposing' sekiranya ia ternampak alat tersebut. Meskipun ia dibela dalam ladang ternakan, pemiliknya berkata beliau terlalu sayang untuk melepaskan Remos ke tangan orang lain.

Manakan tidak, sanggupkah anda korbankan kambing semolek Remos? 

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/FZ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan