Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

 Burung berbulu serba jingga ini seakan menagih simpati para pejalan kaki apabila ia ditemui 'terkandas' di bahu jalan raya kerana mengalami kesukaran untuk terbang.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Tiggywinkles Wildlife Hospital/Facebook)

Diterbitkan : 08 Jul 2019 03:39PM Dikemas Kini : 08 Jul 2019 03:41PM

BERITAmediacorp: Burung berbulu serba jingga ini seakan menagih simpati para pejalan kaki apabila ia ditemui 'terkandas' di bahu jalan raya kerana mengalami kesukaran untuk terbang.

Prihatin akan nasib burung yang kelihatan seperti spesies eksotik itu, beberapa anggota masyakarat membawanya ke Hospital Tiggywinkles Wildlife di United Kingdom untuk mendapatkan rawatan.

Namun, keadaan berubah lucu sejenak buat doktor haiwan serta para anggota masyarakat itu yang tidak menyangka bahawa burung tersebut sebenarnya adalah burung camar yang tersimbah "kari atau kunyit".

Selain berbau kari, burung yang dinamakan Vinny itu - sempena juadah India iaitu vindaloo - sihat belaka dan akan dilepaskan ke hidupan liar setelah dimandikan kelak.  

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan