Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Ibu, ayah, anak... dan kucing turut memakai baju raya seragam.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Facebook/Nizam Jentik Jentik)

Diterbitkan : 23 Jun 2019 07:43PM Dikemas Kini : 23 Jun 2019 07:51PM

BERITAmediacorp: Corak busana Melayu moden yang semakin pelbagai menawarkan bermacam pilihan setibanya Hari Raya, menggantikan pesak, cekak musang dan jahitan tulang belut yang membentuk ciri-ciri baju Melayu tradisional.

Dengan berlambaknya pilihan, ini juga bermakna lebih ramai yang mungkin gemar memperagakan citarasa unik daripada setakat memakai baju yang sedondon dengan seluruh ahli keluarga.

Sungguhpun demikian, keluarga ini tular di Facebook baru-baru ini gara-gara pendekatan yang boleh dikatakan 'throwback'.

Gambar Pilihan Hari Ini memetik gambar sebuah keluarga yang menggunakan kain yang sama untuk membuat baju raya bagi semua anggotanya - termasuk kucingnya sekali.

Lebih lucu lagi, kain yang mereka gunakan sama dengan kain langsir di belakang mereka. Ini baru benar-benar keluarga yang keluar beraya memakai baju sedondon "seperti langsir bergerak". 

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan