Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Pelbagai 'filter' boleh didapatkan di alam siber untuk menyerlahkan lagi kecantikan atau keterampilan seseorang individu. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang 'hantu selfie'. Namun, satu trend yang membimbangkan kini mendapat perhatian ramai.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

Seorang wanita menggunakan aplikasi mudah alih Meitu. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 17 Jun 2019 04:06PM Dikemas Kini : 17 Jun 2019 04:11PM

BERITAmediacorp: Pelbagai 'filter' boleh didapatkan di alam siber untuk menyerlahkan lagi kecantikan atau keterampilan seseorang individu.

Lebih-lebih lagi bagi mereka yang 'hantu selfie'.

Namun, satu trend yang membimbangkan kini mendapat perhatian ramai.

Di Singapura misalnya, tiga hingga lima individu akan mengunjungi klinik bedah plastik Dr Tan Ying Chien, sambil membawa swafoto atau 'selfie' yang dicantikkan menggunakan aplikasi mudah alih.

Sekitar seorang daripada 10 pengunjung sedemikian adalah lelaki dan kebanyakan daripada mereka berusia 20-an tahun.

Dr Adrian Wang, konsultan psikiatrik di Pusat Perubatan Gleneagles berkata: "Media sosial membentuk sesuatu tanggapan tentang konsep kecantikan, daya tarikan dan keterampilan imej individu.

"Ia boleh menimbulkan kesan terhadap mereka yang mengalami gangguan dismorfia tubuh kerana mereka cenderung membandingkan ciri-ciri tentang wajah mereka yang dianggap kurang sempurna dengan trend-trend di Internet."

Sumber : Today/ZM/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan