Gambar Pilihan Hari Ini

Images
  • elephant
    (Gambar: AFP)

Gambar Pilihan Hari Ini

BERITAmediacorp: Semut di seberang lautan nampak, gajah di depan mata tak nampak. Namun, secara literal, mungkin memang tidak akan kelihatan spesies gajah tertentu satu hari nanti angkara perbuatan kejam pemburuan secara haram yang kian meningkat.

Gambar Pilihan Hari Ini menunjukkan dua ekor gajah yang mujur tidak menjadi mangsa pemburuan haram. Sebuah kumpulan pemuliharaan yang terkemuka memberi amaran tentang gejala pemburuan gajah di merata Botswana dan dianggarkan hampir 400 ekor terbunuh di seluruh negara itu pada tahun 2017 dan 2018.

Keprihatinan itu lebih memuncak apabila bulan lalu, Botswana menimbulkan kontroversi dengan mengguggurkan pengharamannya terhadap pemburuan. Alasannya, langkah itu dapat membantu mengawal populasi gajah yang kian banyak dan sekaligus merosakkan hasil mata pencarian para petani.

- BERITAmediacorp/FZ/fz

Top