Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Para pembaca BERITAmediacorp tidak terlepas peluang dan tidak mahu ketinggalan berkongsi gambar bersama kami tentang sambutan Aidilfitri mereka yang cukup meriah bersama keluarga, lengkap dengan pakaian sedondon.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Facebook/Yunizar Yusuff)

Diterbitkan : 13 Jun 2019 04:15PM Dikemas Kini : 13 Jun 2019 04:23PM

BERITAmediacorp: Para pembaca BERITAmediacorp tidak terlepas peluang dan tidak mahu ketinggalan berkongsi gambar bersama kami tentang sambutan Aidilfitri mereka yang cukup meriah bersama keluarga, lengkap dengan pakaian sedondon.

Lagi besar, lagi meriah!

Jika gambar pilihan kami semalam memaparkan keceriaan dan kemesraan beraya bersama keluarga besar, berbeza pula dengan gambar yang ditampilkan hari ini.

Gambar yang dikongsi di laman Facebook BERITAmediacorp memaparkan keluarga besar Cik Yunizar Yusuff yang katanya seramai 122 anggota secara keseluruhannya!

Menurut Cik Yunizar, keluarga besar empat generasi itu beraya pada 1 Syawal di sebuah banglo Persatuan Rakyat yang ditempah khas kerana menurut beliau, tiada rumah yang boleh menampung kesemua anggota keluarga besar Allahyarham Haji Mohammad Amin.

Malah, keluarga Cik Yunizar ini sanggup membuat kain rentang sempena perjumpaan Raya ini. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ZM/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan