Gambar Pilihan Hari Ini
Gambar Pilihan Hari Ini memaparkan keluarga besar Endy Othman yang setiap tahun akan mengayakan baju raya warna sedondon pada 1 Syawal.
BERITAmediacorp: Ini namanya sehati sejiwa.
Gambar Pilihan Hari Ini memaparkan keluarga besar Endy Othman yang setiap tahun akan mengayakan baju raya warna sedondon pada 1 Syawal.
Tradisi unik lagi istimewa ini sudah sebati sejak 2003!
Kolaj gambar asal yang dikongsikan di Twitter menunjukkan sembilan peralihan warna dari 2011 hinggalah ke tahun ini. Namun sebenarnya, inisiatif mengundi tema warna untuk hari pertama Lebaran sudahpun bermula sedari 2003 lagi sewaktu kakaknya mendirikan rumahtangga pada tahun tersebut.
Bayangkan sekarang ini, 26 keluarga kecil meliputi 87 orang kesemuanya berarak sama-sama dalam serona dan saling berkunjung-kunjungan. Tentunya bertambah meriah dan mencuri perhatian ramai di sekeliling mereka.
Jadi persoalannya, warna apakah yang bakal mereka peragakan pula tahun depan?
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.