Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Lihatlah wajah tenang menyejuk hati ini yang keadaan fizikalnya boleh dikatakan rapuh

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

Saybie, bayi pramatang yang paling kecil di dunia untuk hidup. (Gambar: BBC News)

Diterbitkan : 03 Jun 2019 02:51PM Dikemas Kini : 03 Jun 2019 02:57PM

BERITAmediacorp: Lihatlah wajah tenang menyejuk hati ini yang keadaan fizikalnya boleh dikatakan rapuh.

Gambar Pilihan Hari Ini memperkenalkan Saybie, bayi pramatang paling kecil di dunia yang masih hidup. Demikian menurut Pendaftaran Bayi Paling Kecil. Berat si comel ini ketika lahir adalah 245 gram - lebih berat sedikit sahaja daripada sebiji epal.

Para doktor menganggap Saybie seorang bayi 'micro preemie', yang lahir sebelum usia kehamilan mencecah 28 minggu - kerana kelahirannya yang sungguh pramatang.

Saybie dipantau di unit jagaan rapi neonatal Hospital Sharp Mary Birch, California, sehingga dia mencapai berat badan yang mencukupi.

Kini, dia sudahpun dibenarkan pulang dari hospital dengan berat timbangan 2.54 kilogram. 

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan