Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Jika anda seorang peminat setia kelab bola sepak Liverpool, anda pasti akan terhibur melihat gerai makanan di Kaherah yang dinamakan "Liver Fuul"!

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 02 Jun 2019 04:45PM Dikemas Kini : 02 Jun 2019 04:47PM

BERITAmediacorp: Jika anda seorang peminat setia kelab bola sepak Liverpool, anda pasti akan terhibur melihat gerai makanan di Kaherah yang dinamakan "Liver Fuul"!

Maksud "Fuul" dalam bahasa Arab adalah kacang fava. Gambar Pilihan Hari Ini memaparkan cara kreatif seorang penjual makanan menunjukkan "kesetiaannya" terhadap kelab Reds. Malah, beliau bertekad bahawa para pelanggannya "tidak akan makan sendirian" selaras dengan moto Liverpool - You'll Never Walk Alone.

Bahkan sokongan padu para peminat bola sepak warga Kaherah berbaloi apabila pemain negara mereka Mohamed Salah menyumbang satu gol untuk Liverpool sekali gus menjadi juara Eropah buat kali ke enam. Tottenham Hotspur kalah 0-2 dalam perlawanan akhir Liga Juara-juara UEFA di Madrid dinihari tadi waktu Singapura ( 1 Jun).

Sumber : BERITA Mediacorp/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan