Gambar Pilihan Hari Ini
atu pemandangan cukup menakjubkan menghiasi langit biru di Bangsar, Kuala Lumpur, kala hari senja pada 28 Mei lalu.
BERITAmediacorp: Satu pemandangan cukup menakjubkan menghiasi langit biru di Bangsar, Kuala Lumpur, kala hari senja pada 28 Mei lalu.
Gambar Pilihan Hari Ini merakamkan apa yang boleh dikatakan sebagai suatu fenomena luar biasa, menunjukkan sebuah 'jendela' cahaya ala aurora memancarkan letusan warna dari balik awan-awan tebal.
Visual memukau tersebut dikongsikan oleh beberapa pengguna Facebook kumpulan 'The Republic of Bangsar'. Salah seorang anggotanya mencadangkan bahawa peristiwa ini mungkin adalah 'crown flash' yakni fenomena yang disebabkan oleh cahaya mentari mencerminkan atau membias kristal ais kecil pada awan.
Namun, lebih istimewa lagi, fenomena itu berlaku pada tempoh 10 hari terakhir Ramadan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.