Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

 Kian ramai umat Islam dari seluruh pelusuk dunia berhimpun di tanah suci sekarang ini untuk menunaikan umrah demi mengambil keberkatan bulan suci Ramadan yang hampir berlalu pergi.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Arkib Negara Singapura/Taman Warisan Melayu/Facebook)

Diterbitkan : 28 May 2019 01:57PM Dikemas Kini : 28 May 2019 02:36PM

BERITAmediacorp: Kian ramai umat Islam dari seluruh pelusuk dunia berhimpun di tanah suci sekarang ini untuk menunaikan umrah demi mengambil keberkatan bulan suci Ramadan yang hampir berlalu pergi.

Gambar Pilihan Hari Ini membawakan anda secebis suasana di kota Makkah lebih 50 tahun lalu sebelum ia melalui fasa-fasa naik taraf untuk berwajah baru, lengkap dengan kemudahan serba canggih kini.

Gambar ini dipetik oleh Yang Di-Pertuan Negara ke-2 dan Presiden pertama Singapura Yusof Ishak sendiri semasa beliau melakukan lawatan negara ke Arab Saudi pada 1963. Ketika itu, beliau turut mengerjakan ibadah haji bersama isterinya Puan Noor Aishah.

Khazanah yang merakam kenangan di Makkah dan banyak lagi berkaitan haji boleh ditatapi umum dalam pameran Undangan Ke Baitullah anjuran Taman Warisan Melayu sehingga 23 Jun ini. 

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan