Gambar Pilihan Hari Ini

Images
  • cat (2)
    (Gambar: realgumpycat/Instagram)

Gambar Pilihan Hari Ini

BERITAmediacorp: Siapa yang tidak pernah melihat gambar-gambar comel 'Grumpy Cat'.

Gambar Pilihan Hari Ini memaparkan Tardar Sauce atau lebih mesra disapa Grumpy Cat, yang mengalami jangkitan kuman pada saluran kencing dan mati Selasa lalu pada usia tujuh tahun.

Jika harimau mati meninggalkan belang, Grumpy Cat mati meninggalkan wajah 'marah-marah' selamanya.

Berita sedih pemergian kucing yang paling popular di internet kerana mimik mukanya yang ‘marah’ tersebut disampaikan pemiliknya, Cik Tabatha Bundesen menerusi entri pada laman Twitter Grumpy Cat.

 “Kami sungguh sedih untuk memaklumkan pemergian Grumpy Cat

“Walaupun mendapat penjagaan daripada doktor profesional dan juga keluarga tersayang, Grumpy mengalami komplikasi daripada jangkitan kuman pada saluran kencing dan malangnya, mengambil nyawanya."

- BERITAmediacorp/NA/na

Top