Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Tersentak lalu hilang khusyuk sejenak. Pastinya, itulah yang dirasakan oleh seorang lelaki apabila 'diterkam' dari belakang ketika sedang mengerjakan fardu solat secara berjemaah.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Daily Mail/Facebook)

Diterbitkan : 17 May 2019 12:27PM Dikemas Kini : 17 May 2019 12:36PM

BERITAmediacorp: Tersentak lalu hilang khusyuk sejenak. Pastinya, itulah yang dirasakan oleh seorang lelaki apabila 'diterkam' dari belakang ketika sedang mengerjakan fardu solat secara berjemaah.

Momen mencuit hati dalam Gambar Pilihan Hari Ini memaparkan seorang kanak-kanak perempuan 'bergurau kasar' apabila dia tiba-tiba lari masuk secara melulu lalu berpaut pada bahagian belakang seorang lelaki dalam kalangan jemaah yang sedang sujud di Masjid Jamia dekat Srinigar, sebelah utara wilayah Jammu dan Kashmir.

Menerusi sebuah rakaman video, daripada riak wajahnya, kanak-kanak itu kelihatan teruja dapat menikmati keseronokan sedemikian sehinggakan dia mengulangi tindakannya lagi dan lagi sampailah terjatuh.

Terhibur dengan telatah si cilik itu, sesetengah pengguna di media sosial yang menyaksikan video tersebut sekaligus mengimbau kembali pengalaman serupa berbuat sedemikian sewaktu masih kecil.

Pernahkah anda kongsi pengalaman 'nakal' serupa? 

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan