Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Siapa kata botol susu hanya untuk bayi sahaja?

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Giorgos Moutafis/REUTERS)

Diterbitkan : 08 May 2019 03:04PM Dikemas Kini : 08 May 2019 03:05PM

BERITAmediacorp: Siapa kata botol susu hanya untuk bayi sahaja?

Lihat dalam Gambar Pilihan Hari Ini, sepasang anak beruang berusia empat bulan - dinamakan Bradley dan Cooper - asyik menikmati minuman mereka yang diberikan oleh seorang penjaga di rumah perlindungan haiwan Arcturos dekat utara Greece.

Kedua-dua anak beruang ini ditemui oleh penduduk setempat di kawasan kampung Kozani, terperangkap dalam kandang biri-biri buat seminggu. Memandangkan usaha untuk menyatukan semula Bradley dan Cooper bersama ibu mereka agak mustahil, pertubuhan bukan pemerintah itu 'memelihara' mereka dengan melatih kedua-duanya cara untuk hidup di hutan belantara liar.

Ada sekitar 450 ekor beruang di Greece, khususnya dekat gunung-gunung Pindos dan Rhodope. Sebahagiannya hidup bebas di luar rumah perlindungan haiwan. 

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan