Gambar Pilihan Hari Ini
Kanak-kanak dan bermain berpisah tiada. Namun, gelagat sekumpulan budak dalam Gambar Pilihan Hari Ini bukan untuk berseronok semata-mata.
BERITAmediacorp: Kanak-kanak dan bermain berpisah tiada. Namun, gelagat sekumpulan budak dalam Gambar Pilihan Hari Ini bukan untuk berseronok semata-mata.
Sebenarnya, mereka dalam kalangan ribuan penduduk pusat kota bersejarah Djenne di Mali, Afrika Barat, yang bergotong-royong dalam upacara tahunan untuk menyalut lepaan ke atas permukaan Masjid Besar Djeene - sebuah tapak Warisan Dunia UNESCO.
Dalam upacara tahunan tersebut, bangunan masjid itu akan disaluti dengan plaster 'banco' yakni campuran dedak beras, mentega sayur dan serbuk baobab yang dibancuh sendiri oleh para penduduk kota tersebut.
Kerja-kerja lepaan sedemikian dilakukan untuk membantu melindungi masjid itu daripada cuaca buruk ketika musim hujan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.