Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Ramai orang dewasa membesar dengan watak-watak ikonik daripada rancangan Sesame Street. Meskipun usia siri rancangan kanak-kanak itu sudah mencecah setengah abad tahun ini, tiada seorang pun yang pernah mengunjungi Sesame Street kerana nama jalan itu sekadar rekaan samata-mata.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

Jalan raya di New York dinamakan sempena rancangan kanak-kanak Sesame Street (Gambar: Facebook/Sesame Street)

Diterbitkan : 02 May 2019 12:51PM Dikemas Kini : 02 May 2019 12:54PM

BERITAmediacorp: Ramai orang dewasa membesar dengan watak-watak ikonik daripada rancangan Sesame Street. Meskipun usia siri rancangan kanak-kanak itu sudah mencecah setengah abad tahun ini, tiada seorang pun yang pernah mengunjungi Sesame Street kerana nama jalan itu sekadar rekaan samata-mata.

Namun bermula hari ini, orang ramai boleh berkunjung ke Sesame Street! Gambar Pilihan Hari Ini memetik upacara penamaan semula jalan raya di bandar New York. Sempena ulang tahunnya yang ke-50, simpang Broadway dan West 63rd Street, dinamakan sebagai Sesame Street.

Kini apabila seorang kanak-kanak bernyanyi "Can you tell me how to get, how to get to Sesame Street?", maka bolehlah anda memberikan panduan ke Sesame Street tanpa ragu-ragu lagi.

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan