Gambar Pilihan Hari Ini
Dua lembaga hitam ini bukanlah mangsa-mangsa yang terperangkap dalam kebakaran.
BERITAmediacorp: Dua lembaga hitam ini bukanlah mangsa-mangsa yang terperangkap dalam kebakaran.
Sebaliknya, mereka ialah pekerja yang menyalakan lilin anti beku di sebuah kebun epal di luar kampung Miloslavov-Alzbetin Dvor berhampiran Bratislava, Slovakia, pada malam musim bunga yang sejuk.
Gambar Pilihan Hari Ini memaparkan para penanam epal yang bertungkus-lumus melindungi bunga epal yang sedang kembang mekar daripada suhu malam teramat sejuk. Inisiatif memanaskan udara ini menggunakan lebih seribu lilin anti beku sekali gus mengeluarkan kepulan asap tebal dengan traktor dan helikopter di kebun seluas 120 hektar itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.