Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Tahun ini, sekitar 192 juta rakyat Indonesia keluar mengundi untuk menentukan siapakah yang bakal memegang tampuk kepimpinan negara itu. Rakyat Indonesia yang berada di luar negara juga tidak terkecuali daripada proses ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

Encik Bigman Sirait naiki ambulans untuk mengundi bagi pilihan raya Indonesia pada 14 Apr 2019 (Gambar: Deborah Wong/Mediacorp)

Diterbitkan : 14 Apr 2019 05:01PM Dikemas Kini : 14 Apr 2019 05:11PM

BERITAmediacorp: Tahun ini, sekitar 192 juta rakyat Indonesia keluar mengundi untuk menentukan siapakah yang bakal memegang tampuk kepimpinan negara itu. Rakyat Indonesia yang berada di luar negara juga tidak terkecuali, dengan pusat-pusat mengundi disediakan di tempat-tempat khas seperti bangunan kedutaan.

Di Chatsworth Road hari ini, ramai pengundi berpusu-pusu tiba di Kedutaan Indonesia seawal 6.00 pagi untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

Antara mereka yang keluar mengundi hari ini ialah Encik Bigman Sirait, yang baru-baru ini menjalani pembedahan jantung dan beliau datang ke kedutaan itu menaiki sebuah ambulans.

Meskipun pada awalnya tidak dibenarkan untuk berbuat demikian oleh para doktor yang merawatnya, beliau menguatkan diri dan bertegas untuk mengundi. Kata beliau: "Saya mungkin sakit tapi saya akan teruskan perjuangan ini. Apa guna mengaku jadi rakyat Indonesia jika saya tidak lakukan apa-apa hari ini. Jika saya tidak laksanakan hak untuk mengundi, saya seorang pengecut." 

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan