Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Tahukah anda, anak kembar adalah satu perkara biasa bagi masyarakat Yoruba yang merupakan kumpulan etnik terbesar di barat daya Nigeria?

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 10 Apr 2019 03:33PM Dikemas Kini : 10 Apr 2019 03:35PM

BERITAmediacorp: Tahukah anda, anak kembar adalah satu perkara biasa bagi masyarakat Yoruba yang merupakan kumpulan etnik terbesar di barat daya Nigeria?

Gambar Pilihan Hari Ini memaparkan seorang ibu warga negara Nigeria yang kelihatan bahagia menimang sepasang anak kembarnya di dalam pangkuan beliau.

Satu kajian pada tahun-tahun 1970-an oleh seorang pakar sakit puan Britain mendapati sekitar 50 pasang kembar dilahirkan daripada setiap 1,000 kelahiran di sebelah barat daya negara itu. Jumlah itu adalah kadar tertinggi bagi kelahiran kembar di dunia.

Dalam budaya Yoruba, kelahiran anak kembar satu perihal yang lazim berlaku sehinggakan anak-anak itu diberikan nama panggilan khusus - sama ada 'Taiwo' atau 'Kehinde' bergantung kepada jika mereka dilahirkan dahulu atau kemudian.

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan